Angelina Jolie Tolak Tawaran Watak Superhero Penting Sebelum Sertai 'The Eternals'

 Angelina Jolie mendedahkan yang dia pernah menolak tawaran untuk berlakon sebuah filem superhero yang cukup hebat sebelum dia terlibat dengan The Eternals. The Eternals sebelum ini diumumkan pada 2019 di San Diego Comic-Con dan juga telah tertunda beberapa kali disebabkan pandemik Covid-19.



Bercakap kepada Empire, Angelina Jolie mendedahkan tentang keputusannya untuk menyertai filem The Eternals. 0Dia mengakui bahawa dia sebenarnya tidak gemar dengan filem si-fi dan superhero namun dia merasakan The Eternals ialah sesuatu yang lain daripada yang lain.

Ketika ditemubual juga, dia menceritakan bahawa sebelum ini dia pernah ditawarkan sebuah filem superhero berprofil tinggi namun dia menolak kerana kurang minat. Namun, dalam temubual itu, dia tidak pula mendedahkan filem superhero apa yang dia tolak.

Pemilihan Angelina Jolie dalam filem The Eternals semestinya sesuatu yang cukup hebat untuk Marvel Studios. Angelina Jolie ialah pelakon yang cukup versatil dan cukup sinonim dengan pelbagai filem hebat di era 90an.

Angeline Jolie turut menyatakan bahawa penglibatannya dalam The Eternals ialah kerana dia melihat cara berbeza setiap watak superhero dipaparkan di layar pawagan. Dengan memegang watak Thena, Angelina Jolie berjaya menjadi tarikan besar untuk para penonton menonton The Eternals kelak. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan