Afdlin Shauki Kias Penerbit Drama Nak 1 Juta Followers, Jangan Sampai Jadi Peserta 'Squid Game'

Baru-baru ini, seorang penerbit drama tempatan mendedahkan yang follower di laman sosial menjadi antara faktor yang menarik pelakon itu untuk ditawarkan berlakon. Pelbagai reaksi diberikan oleh pelakon-pelakon hebat yang tidak bersetuju dengan statement yang dikeluarkan penerbit drama tv popular tersebut.



Terbaru, Afdlin Shauki yang pernah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia sebanyak 3 kali memuat naik hantaran berikut di laman sosial Facebooknya.


Dalam status ringkas bernada sinis, Afdlin Shauki memberitahu penonton sebab kenapa dia tidak banyak job. Pada masa yang sama, dia menggesa para penerbit drama atau filem untuk menggunakan otak untuk memilih pelakon yang bakal memegang sesuatu watak.

Dihujung status, Afdlin Shauki turut memberi bayangan permainan Squid Game. Walaupun ianya hanyalah seloroh santai, ternyata status ini sememangnya menunjukkan bahawa pengikut di laman Instagram bukanlah penentu kehebatan sesuatu lakonan.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan