Wesley Snipes Gagal Sertai 'The Expendables' Sebab Masuk Penjara Sebab Tak Bayar Cukai

Watak Doc lakonan Wesley Snipes pastinya antara yang cukup ikonik dalam filem The Expendables 3. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa pelakon Wisley Snipes sepatutnya menyertai filem pertama The Expendables tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana terlibat dengan kes mahkamah.



Pelakon filem Demolition Man itu disabitkan atas kesalahan gagal untuk membayar cukai kepada kerajaan US walaupun ketika itu dia mempunyai pendapatan sebanyak USD37 juta sekitar 1999 hingga 2004.

Pada 2008, pelakon itu disabitkan kesalahan tetapi tidak pernah melaporkan diri di penjara sehinggalah pada Disember 2010. Walaupun tidak ditangkap lagi sepanjang penggambaran The Expendables, Wesley Snipes tidak dibenarkan meninggalkan USA dan mengagalkan usahanya untuk muncul di set penggambaran The Expendables.

Watak asal yang ingin diberikan kepada Hale Caesar. Hale Caesar ditulis semula dan disesuaikan dengan pelakon Forest Whittaker. Namun, pelakon tersebut menolak kerana kekangan jadual. Watak itu kemudiannya ditawarkan kepada 50 Cent. Namun, disebabkan dia masih belum berkeinginan untuk berlakon, dia pun menolak. Akhirnya, watak Hale Caesar diberikan kepada Terry Crews.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan