WB Sedang Rancang Pelbagai Filem Sekuel Dan Spin-off Untuk 'Mortal Kombat'

Walaupun menerima kritikan negatif untuk filem reboot Mortal Kombat, filem yang ditayangkan di HBO Max pada 23 April 2021 di Amerika Syarikat ternyata membawa pulangan yang menguntungkan. Filem tersebut berjaya mengutip USD83.6 juta di seluruh dunia daripada bajet sebanyak USD55 juta. Malah, filem itu antara filem yang cukup sukses dalam kategori filem yang ditayangkan di platform penstriman.



Mortal Kombat merupakan adaptasi daripada permainan video yang sebelum ini pernah difilemkan. Versi baru filem Mortal Kombat mengidahkan tentang Cole Young yang diburu oleh Sub Zero dan beberapa lagi pembunuh upahan.

Menurut laporan Variety, HBO Max dalam perancangan untuk membikin beberapa lagi filem Mortal Kombat terutamanya sekuel kepada filem 2021. 

Walaupun kejayaan Mortal Kombat tidaklah setara dengan filem-filem yang ditayangkan di pawagam, ianya sememangnya menampakkan yang filem ini diterima oleh penonton. Semestinya, jika WB ingin membikin sekuel, mereka perlu mengambil kira kisah dan penceritaan yang lebih baik daripada filem yang pertama.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan