Header Ads Widget

Tular Siri Animasi Upin-Ipin Akan Diadaptasi Ke Live Action Oleh Disney Filipina?

Animasi Upin Ipin yang menjadi animasi yang cukup popular di Malaysia dan juga beberapa negara Asia Tenggara akan diadaptasikan menjadi filem live action. Disebabkan itu, Disney Filipina memilih untuk mengadaptasi animasi tersebut menjadi sebuah filem live action. 



Melalui beberapa status yang tular di negara tersebut, Disney Filipina telah memilih pelakon Wally Bayola dan Wacky Kiray untuk melakonkan watak Upin dan Ipin versi Filipina.

Wally Bayola merupakan pelakon komedi yang cukup terkenal di Filipina dan pernah terlibat dengan filem seperti francais Enteng Kabisote (2004 - 2007). Wacky Kirai pula merupakan standup comedian yang dikenali dan pernah terlibat dengan beberapa buah filem Filipina semenjak 2012.

Persoalannya, kenapa Filipina memilih untuk melangkah dahulu sebelum negara Malaysia mengadaptasi Upin Ipin kepada real live movie? Namun, jangan risau. Berita ini sebenarnya bukanlah berita benar tetapi sebaliknya sebuah berita satira daripada page Phillipine Char yang menyajikan berita-berita satira yang tidak benar.







LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments