Syamsul Yusof Tekad Hasilkan 'KL Gangster 3: The Finale' Walaupun Banyak Halangan

Syamsul Yusof dalam perancangan untuk membikin filem ketiga KL Gangster yang diberi KL Gangster 3: The Finale. Perkara ini didedahkan melalui satu hantaran Instagram yang memberitahu bahawa penggambaran KL Gangster 3 akan berlangsung tak lama lagi jika keadaan mengizinkan.



KL Gangster ialah sebuah filem yang diterbitkan oleh Skop Production yang berjaya mengutip kutipan sebanyak RM11.74 juta. KL Gangster diteruskan dengan sekuelnya pada 2013 yang menjadi filem terakhir francais tersebut. Selepas itu, spin off Abang Long Fadil pula diteruskan dan naratif KL Gangster diteruskan dalam siri Iflix Original, KL Gangster: Underworld.

Selepas sepi selama 8 tahun dari francais KL Gangster, Syamsul Yusof mendedahkan yang dia akan kembali untuk membikin filem ketiga KL Gangster.

 Buat masa ini, kita terpaksa menunggu lebih lama kerana Skop Production mempunyai beberapa filem yang masih diperam untuk ditayangkan di pawagam. Antaranya ialah filem Polis Evo 3 dan juga filem Abang Long Fadil 3. Mat Kilau, filem yang dinanti-nantikan juga masih diperam untuk ditayangkan pada tarikh yang belum diumumkan.

Disebabkan jarak KL Gangster 2 dan 3 agak jauh, tidak pasti sama ada filem ketiga KL Gangster ini akan menyambung naratif asal dengan kembalinya watak-watak asal atau akan mengambil jalan cerita dari siri KL Gangster Underworld. Namun, semestinya pengumuman ini akan buatkan para penonton ternanti-nanti.!



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan