Header Ads Widget

'Syahadan' Terlalu Ngeri Dan Ganas Punca Astro Reject Tayang Di Astro First?

Sebelum ini kecoh seketika apabila filem pertama lakonan atlet silat Malaysia, Muhammad Al Jufree tidak diluluskan tayangan di Astro First. Menurut hantaran daripada Anuar Abdul Rahman yang merupakan pelakon filem tersebut, pihak Astro menolak untuk menayangkan filem berkenaan atas sebab-sebab tertentu.

Kini, lalui sebuah hantaran Facebook dari Masria Lamassa, dia mendedahkan yang salah satu punca filem ini tidak dibenarkan ditayangkan di Astro First ialah kerana filem ini agak ganas dan terlalu ngeri untuk ditonton. 

 

Maria Lamassa juga turut memuatkan beberapa sedutan belakang tabir yang agak ganas daripada filem berkenaan.

 

Syahadan ialah sebuah filem aksi persilatan yang diterbitkan dan diarahkan oleh Presiden Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Dr. Hj. Muhammad Fairus Hussain dan juga Halim Hassan.

Selain Al Jufree, filem ni turut dibintangi Anuar Rahman, Bob Megat, Fauzi Khalid dan ramai lagi.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments