'Syahadan' Tak Lepas Sebab Keputusan Seorang Anak Muda Acah Mat Saleh?

Awal September lalu, para peminat filem seni bela diri kecoh apabila mendapat tahu filem Syahadan yang menampilkan pesilat negara, Al Jufree tidak dapat ditayangkan di Astro atas sebab filem ini terlalu ganas.Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan Astro dan menyatakan bahawa tindakan tersebut tidak wajar. 



Namun, kini, kemaskini hantaran Facebook dari pelakon filem Geran, Fad Anuar mendedahkan sebaliknya.



Melalui status Facebook itu, Fad Anuar menegaskan bahawa tiada isu ganas ataupun bias yang menyebabkan filem tersebut ditolak. Keputusan penolakan terjadi hanya kerana seorang anak muda yang dikatakan acah mat saleh yang suka menonton filem Hollywood sebagai filem kegemaran.


Walaupun tidak mendedahkan siapakah anak muda yang dimaksudkan, status itu jelas menunjukkan terdapat unsur penilaian yang tidak matang di pihak Astro untuk filem ini.

Namun, menurut hantaran Fad Anuar, pihak Astro sudah memaklumkan bahawa pihaknya akan melakukan perjumpaan untuk menilai kembali filem ini. Kita harapkan filem Syahadan dapat ditayangkan dan menjadi antara filem yang memartabatkan silat di persada seni negara kelak. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan