EKSKLUSIF: Sekuel 'Bulan & Pria Terhebat' Tertangguh, Pengarah 'Polis Evo' Bakal Beralih Bikin Filem Action Drama!

Selepas melahirkan beberapa filem berkonsep aksi komedi seperti Polis Evo, Cicakman 3 dan juga Bulan dan Pria Terhebat, Ghaz Abu Bakar dalam perancangan untuk beralih kepada filem genre aksi drama. Semestinya ianya sesuatu yang cukup dinantikan apabila filem Malaysia mempunyai lambakan filem aksi yang cukup banyak mengutamakan elemen komedi.




Suka Filem sempat menemubual secara ringkas pengarah filem aksi ini melalui Instagram Messenger. Menerusi perbualan ringkas tersebut, apabila ditanyakan sama ada sekuel Bulan & Pria Terhebat akan dilaksanakan dalam masa terdekat, ini jawapan yang diberikan.


Suka Filem sempat bertanyakan tentang perancangan terbaru pengarah filem yang turut mengarahkan filem adaptasi novel, Suami Aku Ustaz. 


Jika dilihat, Ghaz Abu Bakar ingin menongkah arus dan membuang persepsi yang filem aksi perlu disulam dengan komedi.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



========================================== Jika ini berjaya, pastinya ianya ialah filem yang bakal memberi aras baru kepada filem aksi di Malaysia.

Bulan dan Pria Terhebat lakonan Zahirah McWilson, Zizan Razak dan beberapa lagi pelakon handalan sudah boleh ditonton di Netflix.

Catat Ulasan

0 Ulasan