Punca Kenapa The Rock Menukar Namanya Kepada Dwayne Johnson Untuk Karier Hollywood

Nama The Rock sememangnya tidak asing lagi dalam filem-filem Hollywood masa kini,Kabanyakan filem lakonannya memang pecah panggung dan diminati ramai. Pertamakali muncul sebagai cameo dalam The Mummy Returns (2001), The Rock meneruskan kariernya sebagai pelakon utama dalam filem The Scorpion King (2002).



Di awal karier, dia menggunakan nama The Rock yang merupakan nama gelanggang ketika menyertai WWE. Kemudian, dia menggunakan nama Dwayne 'The Rock' Johnson sehinggalah pada 2005, nama The Rock digugurkan mulai filem Southland Tale.

Ramai yang tidak tahu apabila dia pertamakali muncul di dalam arena gusti pada 1996, dia sebenarnya dikenali dengan nama ROcky Maivia. Nama itu dicadangkan oleh Vince McMahon sendiri dan merupakan gabungan nama ayahnya sendiri (Rocky Johnson) dan datuknya (Peter Maivia). Namun, dia memang tak suka dengan nama tersebut sejak dari awal.

"I hated it because the lineage I had gave me the opportunity to at least knock on the door but I wanted my own identity, my own space. So I was very proud to come from who I came from, with my dad and my grandfather, my whole family's wrestling. I still wanted my own space, so I said I hate it. He [Vince McMahon] said, 'Okay, great, well that's your name,' and I went, 'Okay.' So I embraced it and I did it, and that name did not stick." 
[sumber: Comicbook.com]

Selepas beberapa lama, barulah dia menukar nama gelanggangnya daripada Rocky Maivia kepada The Rock. Selepas menceburi bidang lakonan, Dwayne Johnson membuang secara perlahan-lahan nama The Rock dan kini hanya menggunakan nama Dwayne Johnson untuk semua filem lakonannya yang terkini.

"I reached a point in my career where I was tired of trying to be something I wasn't. I was told at that time, 'Listen, you can't talk about wrestling. You can't go by The Rock. You can't be as big."
[sumber: Insider]



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



========================================== style="text-align: justify;">Dari Rocky Maivia ke The Rock, dan kemudiannya Dwayne Johnson, pelakon kelahiran Hayward, California ini sudah menempa nama dan kejayaan yang cukup banyak sepanjang kariernya. Tidak hairanlah dia menjadi seleksi untuk setiap filem-filem aksi yang mahukan kutipan box-office!

Catat Ulasan

0 Ulasan