Pengarah 'Venom 2' Sahkan Venom Akan Bertemu Spider-man Dalam Filem Di Masa Hadapan

 Pengarah filem Venom: Let There Be Carnage mengesahkan bahawa watak Venom mungkin akan bertemu dengan watak Spider-man dalam filem-filem di masa hadapan. Perkara ini didedahkan dalam satu temubual mempromosikan Venom 2. Venom 2 merupakan sekuel filem pertamanya yang dilakonkan oleh Tom Hardy.

Dunia sinematik Spider-man sedikit kacau bilau apabila Sony ingin membikin filem Spider-man mereka sendiri dan pada masa yang sama, Spider-man berada dalam dunia MCU. 

Look, that's the question on everyone's lips. They want to know if Venom is gonna meet Spider-Man, but personally, it's never gonna happen. I'm only joking, of course it's gonna happen... But, I think there's so much... Look, it depends when you want to get there, and also, what the appetite is. If people want more Venom stories, then, to jump straight to Spider-Man, you could be missing out on so many great supervillain characters in between now and then. So, in a way, by rushing to it, you might be closing the door.

Jika statement Andy Serkis selaku pengarah sekuel Venom ini benar, maka Venom: Let There Be Carnage semestinya akan memfokus usaha untuk membesarkan francais tersebut dalam usaha untuk membawa watak tersebut bertemu dengan Spider-man di masa akan datang.


Setakat ini, dunia Spider-man dari Sony kelihatan memfokuskan watak-watak antagonis Spider-man tanpa memasukkan watak Spider-man di dalamnya. Sony akan melepaskan filem Morbius pada tahun 2022 dan Kraven The Hunter pula akan ditayangkan pada 2023. 

Venom: Let There Be Carnage akan mula ditayangkan di pawagam mulai 1 Oktober. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan