Clark Gregg Hampir Tolak Watak Coulson Sebab Jangka Wataknya Akan Dibuang Dari Filem 'Iron Man'

Agent Phil Coulson semestinya sebuah watak yang cukup sinonim dalam Phase 1 Marvel Cinematic Universe. Bermula dengan kemunculannya dalam filem Iron Man pada 2008, Agent Phil Coulson terus muncul dalam beberapa lagi filem sehingga kemudiannya mendapat tempat dalam siri Agents of SHIELD.

Namun, sebelum wataknya menjadi kegemaran ramai, pelakon Clark Gregg nyaris menolak tawaran untuk memegang watak tersebut kerana menyangkakan wataknya terlalu kecil dan mungkin akan dibuang daripada filem Iron Man. 

I saw that cast and I thought, 'Man, I'm going to get cut out! I'm going to tell everyone I'm in this, because I love the comics, and then it's going to be, who do we cut? Jeff Bridges, Gwyneth Paltrow or Clark?. I had just done a part in something else, and when I went to see it, it was really tiny, and it was embarrassing, a little bit. Like, 'I didn't sign up for that gig – this is going to happen again!

Clark Gregg menyatakan yang isterinya yang membuang ketakutannya untuk bersama dengan pelakon-pelakon hebat dan membuatkannya terus menyertai filem Iron Man walaupun dia tidak pasti sama ada wataknya di dalam filem tersebut akan menyerlah.

Namun, semua itu hanyalah sejarah dan semestinya watak Agent Coulson menjadi antara watak ikonik di MCU Phase 1 yang cukup diingati.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan