Adam Sandler Dan Jennifer Aniston Sah Kembali Untuk 'Murder Mystery 2'

Netflix membuat pengumuman melalui event khas, TUDUM menyatakan bahawa Murder Mystery 2 bakal menampilkan pelakon Adam Sandler dan Jennifer Aniston. Filem yang sebelum ini diarahkan oleh Kyle Newacheck menyaksikan Nick (Adam Sandler) dan Audrey (Jennifer Aniston) yang tidak sengaja terperangkap dalam sebuah skandal pembunuhan.


Diumumkan melalui event khas, TUDUM, Murder Mystery 2 bakal menyaksikan pasangan itu melalui misi baru yang lebih hebat. Filem ini masih belum menjalani penggambaran dan dijangka akan menjalani penggambaran penghujung tahun 2021 ini.

Buat masa ini, tiada maklumat berkenaan sinopsis filem ni dan juga tarikh tayangan filem ini. Namun, dapat dijangkakan bahawa filem ini mungkin akan ditayangkan sekitar penghujung tahun 2022 dengan mengambil kira tempoh penggambaran.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan