Tapak Tangan Kesan Adegan Intim Jack Dan Rose Dalam Kereta Dari 'Titanic' Masih Kekal Sampai Hari Ni!

James Cameron ialah antara pengarah yang cukup ikonik. Sepanjang tahun sejarah perfilemannya, dia sudah mengarahkan filem hebat seperti Terminator, Aliens dan juga Avatar. Namun, sepanjang kariernya, pastinya filem Titanic terbitan 1997 antara filem yang cukup ikonik dengan pengarah tersebut. Apa tidaknya, filem tersebut berjaya menggondol 11 kategori anugerah dalam anugerah Oscar.

Titanic menggandingkan pelakon Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet sebagai pasangan ikonik, Jack dan Rose yang mempunyai naratif cinta yang cukup menyayat hati. Di dalam filem ini, terdapat juga adegan intim antara mereka yang cukup dikenali.

Adegan antara Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio di dalam sebuah kereta di dalam perut kapal Titanic semestinya antara yang diingati penonton. Tahukah korang, kesan adegan tersebut masih lagi kelihatan pada struktur kereta yang digunakan untuk adegan tersebut? 

Kereta yang digunakan untuk adegan itu kini disimpan di dalam sebuah muzim peribadi miliknya yang mana mengumpulkan pelbagai prop filem sepanjang kariernya. Malah, jika anda amati foto tersebut, ada juga rangka T-800 dari filem Terminator kelihatan. 

Ramai yang tidak tahu bahawa kesan tangan untuk adegan intim tersebut bukanlah milik Kate Winslet tetapi milik James Cameron. Untuk adegan tersebut, James Cameron menggunakan sebuah cecair khas untuk meletakkan kesan tapak tangan itu di cermin. Cecair khas yang digunakan adalah kalis kepada wap air yang turut terlibat dalam adegan berkenaan.

Disebabkan itu, kesan itu masih kekal sehingga hari ini kerana ianya sebuah tapak tangan yang direka khas untuk diletakkan di cermin dan bukannya terhasil kerana adegan intim filem berkenaan.  

Catat Ulasan

0 Ulasan