Tajuk Asal Filem 'John Wick' Diubah Kerana Keanu Reeves Selalu Lupa Nama Watak

Siapa tak kenal dengan francais John Wick. Ianya ialah sebuah filem aksi yang pada mulanya mempunyai plot ringkas dan kemudiannya menjadi makin besar dan besar. John Wick. Filem pertama John Wick diterbitkan pada 2014 dan diteruskan dengan sekuel pada 2017 dan juga 2019. 



Dalam satu temubual bersama Comicbook.com, penulis lakonlayar filem tersebut, Derek Kolstad mendedahkan yang filem John Wick dinamakan sedemikian kerana Keanu Reeves yang selalu menyebut tajuknya sedemikian. Pada asalnya, tajuk filem ini ialah Scorn.

Hanya dengan kegagalan Keanu Reeves mengingati nama wataknya, maka studio penerbitan filem John Wick, Lionsgate memberi kebenaran untuk menukarkan nama watak kepada John Wick. 

The only reason it's called John Wick is that Keanu kept referring to it as John Wick. 

 Filem John Wick (2014) berjaya mengutip USD88 juta di seluruh dunia. Filem kedua, John Wick: Chapter 2 pula berjaya mengutip sebanyak USD171 juta di seluruh dunia. John Wick: Parabellum yang merupakan filem ketiga berjaya mengutip USD326 juta di seluruh dunia.

John Wick 4 kini sedang sibuk menjalani penggambaran. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan