Sylvester Stallone Sahkan Penggambaran Filem Spin-off 'The Expendables' Bermula Oktober 2021!

Sylvester Stallone mengesahkan yang spin-off untuk filem The Expendables akan menjalani penggambaran pada Oktober tahun ini. Filem keempat dalam francais The Expendable ini akan menggabungkan pelakon-pelakon aksi popular. Filem The Expendables bermula pada 2010 dan kemudiannya diteruskan dengan sekuel pada 2012 dan 2014.



Antara bintang aksi yang pernah membintangi The Expendables ialah Jet Li, Jean-Claude Van Damme, Bruce Willis, Arnold Schwarzennegger, Harrison Ford, Mel Gibson dan ramai lagi.

Pelakon yang popular dengan watak Rambo itu memuat naik satu status di laman Instagramnya yang memberitahu bahawa penggambaran akan bermula pada Oktober. Malah, working title filem ini didedahkan sebagai Christmas Story. 

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan siapakah barisan pelakon yang akan membintangi filem ini selain Stallone sendiri. Namun, seperti yang diketahui, Jason Statham memainkan watak Lee dalam ketia-tiga francais. Jadi, berkemungkinan dia akan turut muncul dalam filem ini.

Walaupun prestasi filem The Expendables merudum dari sekuel ke sekuel, filem keempat The Expendables ini diharapkan dapat menjadi filem yang cukup nostalgik. Apapun, semestinya filem The Expendables ada peminatnya yang tersendiri.

 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan