Samuel L Jackson Sahkan Akan Kembali Sebagai Nick Fury Dalam 'Captain Marvel 2'

Pelakon yang popular dengan watak Nick Fury mengesahkan yang dia akan kembali dalam filem sekuel Captain Marvel, The Marvels. Terakhir kali dia melakonkan watak Nick Fury ialah dalam filem Spider-Man: Far From Home. 



Perkara ini didedahkan oleh pelakon tersebut melalui sebuah hantaran Instagram. 



Semestinya pelakon yang cukup hebat ini akan menjadikan sekuel Captain Marvel lebih gempak. Samiel L. Jackson cukup terkenal dengan dialog f wordnya dan pernah membintangi pelbagai filem yang tercalon dalam Oscar seperti Pulp Fiction.

Selain Captain Marvel 2 a.k.a The Marvels, Samuel L. Jackson kini sudah muncul dalam siri What If...? sebagai Nick Fury. Selepas ini, dia akan turut muncul dalam Secret Invasion. Namun, melalui post di Instagram, sudah jelas lagi bersuluh yang dia akan kembali dalam The Marvels. 

 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan