Paramount Bakal Bikin Filem 'Teenage Mutant Ninja Turtle' Terbaru

Karakter Teenage Mutant Ninja Turtles akan kembali dalam sebuah filem terbaru mereka selepas filem terakhir mereka, Teenage Mutant Ninja Turtles: Out of the Shadows. Filem terbaru ini turut menampilkan Michael Bay sebagai penerbit seperti mana dua filem mereka yang terdahulu.

Filem Teenage Mutant Ninja Turtles: Out of the Shadows yang ditayangkan pada 2016 membawa kerugian kepada Paramount apabila filem itu gagal mengutip kutipan memberansangkan di pawagam. Disebabkan itu, segala perancangan ke hadapan untuk francais itu dihentikan seketika.

Menurut Deadline, Paramount kini bersedia untuk membawa kembali watak tersebut dalam sebuah filem terbaru. Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada filem tersebut merupakan sekuel kepada filem Teenage Mutant Ninja Turtles: Out of the Shadows ataupun sebuah filem yang akan reboot kembali francais berkenaan.

Filem tersebut akan ditulis lakonlayarnya oleh Colin Jost dan juga Casey Jost. Semestinya untuk filem terbaru ini, Paramount perlu melihat kegagalan filem terdahulu untuk menjanjikan pulangan yang lumayan buat studio.

Paramount agaknya gagal untuk meneruskan kehebatan G.I Joe melalui filem Snake Eyes: G.I Joe Origins apabila filem tersebut gagal mengutip kutipan memberansangkan. Kini, hanya francais Teenage Mutant Ninja Turtles dan Transformers menjadi pertaruhan studio tersebut.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan