Orlando Bloom Cuba Dirisik Kembali Sertai Filem Terbaru 'Pirates of the Caribbean'

Selepas filem keempat Pirates of the Caribbean, Disney pernah mengumumkan bahawa filem keenam dan ketujuh francais tersebut akan menjalani penggambaran serentak. Namun, pada 2017, filem Dead Man Tell No Tales diterbitkan dan ianya tidaklah mendapat sambutan memberansangkan. Tetapi, filem keenam Pirates of the Caribbean tetap ada dalam perancangan.

Kaya Scodelario dilaporkan telah menandatangani perjanjian untuk kembali dalam filem keenam francais berkenaan. Terdapat beberapa laporan pada 2020 dimana pihak studio sedang menimbang tara untuk memilih pelakon Karen Gillan untuk menggantikan watak Jack Sparrow.

Menurut WeGotThisCovered, filem keenam juga turut akan menampilkan pelako Orlando Bloom sebagai Will Turner. Watak Will Turner sebelum ini pernah muncul sebagai cameo dalam post-kredit filem Dead Men Tell No Tales. Kemunculannya dalam post-kredit mungkin menunjukkan bahawa filem keenam Pirates of the Caribbean akan fokus kepada watak Will Turner.

Buat masa ini, tiada info berkenaan sinopsis filem keenam francais Pirates of the Caribbean. Dengan situasi pandemik yang masih belum reda, pastinya filem keenam Pirates of the Caribbean ini akan menghadapi sedikit kelewatan dalam pembikinan. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan