Header Ads Widget

Kereta Aston Martin James Bond Yang Dicuri Dijumpai Selepas 25 Tahun

Kereta ikonik James Bond, Aston Martin yang hilang pada 1997 kini sudah dijumpai. Demikian lapor The Telegraph berkenaan penemuan kereta berkenaan. Aston Martin DB5 tampil dalam filem ketiga francais James Bond, Goldfinger pada 1984.



Kereta tersebut bukanlah kereta sebenar tetapi hanyalah prototaip. Di dalam filem tersebut, Aston Martin tersebut mempunyai kebolehan senjata dan juga gadget yang cukup hebat untuk melengkapkan misinya.

Sepanjang francais James Bond, kereta Aston Martin menjadi kereta ikonik perisik 007. Pada 1986, kereta tersebut bersama gajetnya ersebut telah dijual kepada Anthony Pugliese, seorang hartanah pada harga USD275 ribu. Pada 1997, kereta tersebut dilaporkan hilang ketika disimpan di sebuah gudang di lapangan terbang Boca Raton di Florida.

Menurut The Telegraph, pihak penyiasat percaya bahawa kereta tersebut telah dicuri dan dijual semula kepada pemilik baru di Timur Tengah. Kini, kereta tersebut dilaporkan sudah bernilai lebih USD25 juta. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

1 Comments