Header Ads Widget

Jet Li Tolak Pelawaan Sertai Filem 'The Matrix' Sebab Tak Nak Hilang Hak Cipta Pergerakan Seni Bela Dirinya

Ramai yang tidak tahu bahawa Jet Li pernah ditawarkan untuk membintangi filem The Matrix Reloaded dan The Matrix Revolutions, dua filem terakhir dalam trilogi The Matrix. Namun, dia menolak kerana tidak mahu memberikan gerakan-gerakan seni bela diri yang menjadi miliknya kepada filem berkenaan. 

Dalam satu temubual, Jet Li mendedahkan yang apabila dia dipelawa menyertai filem tersebut, dia harus memberikan semua gerakan-gerakannya untuk dimasukkan dalam perpustakaan digital. 

It was a commercial struggle for me. I realized the Americans wanted me to film for three months but be with the crew for nine. And for six months, they wanted to record and copy all my moves into a digital library. By the end of the recording, the right to these moves would go to them... I was thinking: I’ve been training my entire life. And we martial artists could only grow older. Yet they could own [my moves] as an intellectual property forever. So I said I couldn’t do that.

Watak yang ditawarkan kepada Jet Li, Seraph akhirnya diberikan kepada Collin Chou seperti mana yang kita lihat di dalam filem.  

The Matrix ialah sebuah filem yang cukup sinonim dengan gerakan kung fu dalam filem moden Hollywood. Malah, adegan aksi filem tersebut cukup unik apabila ianya mempunyai koreografi aksi yang sememangnya tidak pernah ditonton di dalam filem Hollywood. Apa tidaknya, koreografi aksi filem ini ialah Yuen Woo-Ping, seorang pengarah aksi dari China yang tidak asing lagi.

Di Hollywood, Yuen Woo-ping dikenali dengan filem-filem seperti Once Upon A Time In China, Crouching Tiger Hidden Dragon, malah filem aksi komedi Kung Fu Hustle juga turut dikoreograf olehnya. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

1 Comments