Jake Gyllenhall Hampir Gantikan Tobey Maguire Untuk Spider-Man 2

Francais filem Spider-man semestinya tidak asing lagi untuk para penggemar filem-filem adaptasi komik Marvel. Filem adaptasi pertama Spider-man yang paling ikonik semestinya filem tahun 2002 yang menampilkan Tobey Maguire sebagai Spider-man. Filem tersebut berjaya mengutp sebanyak USD825 juta dan diteruskan dalam dua sekuel pada 2004 dan 2007.



Namun, Tobey Maguire sebenarnya hampir digantikan dengan Jake Gyllenhall dalam filem sekuel Spider-man 2 disebabkan Tobey Maguire terlibat dalam kemalangan di set filem Seabiscuit. Perkara ini diceritakan oleh Jake Gyllenhaal dalam satu temubual ketika mempromosikan Spider-man: Far From Home.  

The truth of the matter is, in the end, he's (Maguire) Spider-Man. There are so many roles in my career where I was up against another actor, or something happened that possibly could've happened but didn't happen but maybe it would have... Eventually my belief is when an actor's played a character, particularly in a movie, the character's theirs, and that's that. But yeah he hurt himself and there was talk. And there was a slew of actors (possibly up for the part), and I was one of them.
Pada ketika itu, Jake Gyllenhaal sedang hangat bercinta dengan pelakon Kirsten Dunst yang juga turut terlibat dalam filem Spider-man. Jadi, semestinya gandingan dua pelakon ini akan lebih mantap apabila percintaan mereka lebih realistik hingga ke luar set. 

Namun, Tobey Maguire telah berjaya pulih dan filem Spider-man 2 diteruskan dengan pelakon asal. Selepas itu, 15 tahun kemudian, rezeki Jake Gyllenhaal nampaknya masih ada untuk filem Spider-man apabila diberi peluang untuk membintangi filem Spider-man: Far From Home. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan