Ini Nama Sebenar Vin Diesel Yang Memang Sangat Jambu

Vin Diesel sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Lakonannya cukup sinonim dengan filem Fast & Furious. Malah, dia juga antara watak ikonik dalam filem aksi penyiasatan, XXX. Semestinya pelakon yang mula muncul dalam watak sampingan bagi filem Saving Private Ryan ini sudah menempa nama yang gah. Tapi, tahukah korang bahawa nama sebenar Vin Diesel?

Dilahirkan pada 18 Julai 1967, Vin Diesel dilahirkan dengan nama Mark Sinclair. Nama ini kemudiannya bertukar menjadi Vin Diesel ketika dia berkerja di sebuah kelab malam. Nama Mark Sinclair dirasakan terlalu jambu oleh bos kelab malam tersebut dan akhirnya, Vin Diesel menggunakan nama tersebut sehingga dia menjadi pelakon.

Vin Diesel sudah membintangi pelbagai filem sepanjang kariernya. Filem seperti Fast & Furious mungkin mendominasi, namun dia juga turut terlibat dalam filem-filem seperti Guardians of the Galaxy, The Pacifier dan banyak lagi. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan