Hairul Azreen Dedah Kebenaran Video Tular Askar Jepun Teman Jogging

Beberapa hari lepas, kecoh dengan sebuah video tular memaparkan seorang pemuda yang sedang berjogging pada waktu malam dilintasi satu kelibat askar jepun. Video tersebut tular sehingga mendapat laporan daripada akhbar harian juga. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa video tersebut bukanlah hantu sebenar tetapi sekadar main-main saja.



Ini video yang tular tersebut.


Dalam satu hantaran Instagram, Hairul Azreen memuat naik kembali video tular tersebut dan membuat penjelasan mengenai kebenaran di sebalik video tersebut. 

Dalam satu hantaran Instagram lain di akaun @nazzz.wan, pemilik akaun tersebut yang merupakan pelakon dalam filem Ada Hantu turut memohon maaf terhadap tularnya video tersebut. Video tersebut hanya dibikin suka-suka sahaja.

Ada Hantu merupakan buah tangan pertama Hairul Azreen sebagai pengarah yang kini sudah ditayangkan di Disney Plus Hotstar. Filem bergenre seram komedi ini sememangnya sebuah filem yang bukan calang-calang. Kenapa? Korang kena layan dulu beb!

 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan