Filem 'Texas Chainsaw Massacre' Terbaru Bakal Tayang Di Netflix

Filem terbaru dalam francais The Texas Chainsaw Massacre akan hadir di Netflix. Filem yang merupakan kesinambungan daripada francais yang bermula pada 1974 ini sememangnya cukup ikonik untuk genrenya. Banyak negara telah mengharamkan tayangan filem terbitan 1974 namun ianya tetap diteruskan dengan pelbagai sekuel dan reboot. 



Menurut The Hollywood Reporter, filem terbaru The Texas Chainsaw Massacre akan hadir di Netflix dalam sedikit masa lagi. Filem ini merupakan sekuel yang berkesinambungan terus dari filem asal dan mengabaikan semua sekuel dan reboot yang pernah ada sebelum ini.

Filem ini merupakan filem seram pertama pengarahnya, David Blue Garcia yang sebelum ini mengarahkan filem thriller jenayah, Tejano. 

Buat masa ini, tiada tarikh tayangan diumumkan oleh pihak Netflix. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan