Dwayne Johnson Sahkan 'Jungle Cruise 2' Akan Dihasilkan

Pelakon Dwayne Johnson mengesahkan bahawa sekuel untuk filem Jungle Cruise kini bakal dihasilkan. Filem yang mana mengikuti kejayaan filem Pirates of the Caribbean yang mana merupakan adaptasi taman tema itu nampaknya menghasilkan pulangan lumayan buat DIsney. Dan semestinya, sekuel ialah sesuatu yang wajib apabila bercakap soal mengaut untung.



Jungle Cruise mendapat respon positif penonton. Filem yang mana membariskan lakonan Dwayne Johnson dan juga Emily Blunt ini berjaya mencipta rekod tersendiri apabila ianya turut ditayangkan di laman penstriman Disney + dan juga pawagam.

Di Twitter, Dwayne Johnson meluahkan kegembiraannya dengan menyatakan bahawa dia dan team produksi akan bermesyuarat untuk filem sekuel Jungle Cruise.



Keuntungan Jungle Cruise agak mengejutkan dan ianya dilihat sebagai perkara yang positif untuk Disney. Buat masa ini, semestinya terlalu awal untuk meneka apakah kisah seterusnya untuk pengembaraan Jungle Cruise 2. 

Untuk info, Jungle Cruise berjaya mengutip USD34 juta untuk tayangan di pawagam-pawagam US. Di Disney_ pula, filem ini berjaya mengutip USD30 juta. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan