Dwayne Johnson Masih Ada Dalam Dunia Fast & Furious Melalui Sekuel 'Hobbs & Shaw'

Sebelum ini, Dwayne Johnson sudah membuat kenyataan yang dia tidak akan muncul dalam filem Fast & Furious 10 dan juga 11. Namun, itu tidak bermakna wataknya sebagai Hobbs sudah hilang dalam dunia francais tersebut. Menurut penerbit filem Hira Garcia, Hobbs masih wujud dalam dunia Fast & Furious melalui francais Hobbs & Shaw.

Dalam sebuah temubual bersama Collider, Hiram Garcia berkesempatan berkongsi sedikit perkembangan terkini untuk filem Hobbs & Shaw 2. Setakat ini sekuel kepada filem gabungan Jason Statham dan Dwayne Johnson itu masih di dalam fasa perancangan.

After filming Fast 8, [Dwayne Johnson] made the clear decision to close the Fast & Furious chapter for all the evident reasons. He wished them all well and shifted our focus on to other story telling avenues. So while he will not be in F10 or F11, that won’t in any way interfere with our Hobbs plans. Obviously, all these characters exist in the Fast universe and we love to see all aspects of that universe thrive and succeed. We just have specific plans for what we want to do with the Hobbs character and I think the fans are going to love it! We’re working to deliver something very unique and fresh and we know the studio is eager for us to get into it ASAP!

Antara sebab kenapa Dwayne Johnson tidak akan terlibat lagi dengan francais Fast & Furious asal ialah kerana ketegangan yang tercetus antara Dwayne Johnson dan juga Vin Diesel. Ketegangan ini sudah berlaku semenjak filem Fast & Furious 8 lagi. 

Malah, keputusan Universal Studios untuk memberi ruang untuk kemunculan filem Hobbs & Shaw muncul sehinggakan filem Fast & Furious 9 terpaksa ditunda beberapa kali mencetuskan rasa tidak selesa di kalangan para pelakon asal francais berkenaan.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan