'Blood Red Sky' Jadi Filem Netflix Original Paling Laris

Blood Red Sky kini dinobatkan sebagai filem Netflix Original daripada German yang laris sepanjang tayangannya. Perkara ini dilaporkan oleh Deadline yang menyatakan bahawa filem yang membariskan pelakon Peri Baumeister, Carl Anton Koch dan juga dengan penampilan Dominic Purcel itu sudah ditonton lebih 50 juta tontonan di seluruh dunia.


Filem tersebut yang diarahkan oleh Peter Thorwarth merupakan sebuah filem aksi thriller yang sudah ditayangkan di Netflix bermula 23 Julai. Ianya berkisar tentang Nadja, seorang wanita dengan penyakit misteri yang menaiki penerbangan ke New York bersama anaknya, Elias. Semasa dalam penerbangan, kapal terbang yang mereka naiki dirampas sekaligus menentukan nasib Nadja yang malang.

Menurut Netflix, filem Blood Red Sky berada di Top 10 laman penstriman tersebut di 93 buah negara. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan