Header Ads Widget

Astro First Reject Tayang Filem Pertama Tampilkan Pesilat Negara, 'Syahadan'

Filem pertama menampilkan pesilat negara, Muhammad Al-Juffere Jamari ditolak oleh pihak Astro First untuk ditayangkan di platform berkenaan. Menurut hantaran Facebook di laman profile Anuar Abdul Rahman, salah satu alasan penolakan tayangan ialah filem tersebut tidak tidak sesuai dengan Astro First. Penolakan pihak Astro untuk menayangkan filem silat sebegini begitu dipersoalkan.



Anuar Abdul Rahman merupakan pelakon pembantu untuk filem berkenaan meluahkan kekesalan di laman Facebook dan rata-rata netizen tidak puas hati dengan sikap pilih kasih Astro. 


Syahadan merupakan sebuah karya yang memaparkan seni bela diri silat yang kelihatan memenuhi permintaan peminat filem aksi di Malaysia. Sebelum ini, rata-rata peminat meluahkan keinginan untuk menyaksikan pemain silat negara berlakon dalam filem aksi dan akhirnya Syahadan muncul.


Filem ini diarahkan dan diterbitkan oleh Datuk Dr. Hj. Muhammad Fairus Hussain, Presiden Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia  dan Halim Hassan.           

Ianya dibintangi Anuar Rahman, Bob Megat, Fauzi Khalid dan ramai lagi. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments