Zack Snyder Bakal Bikin Sekuel 'Army of the Dead'

 Zack Snyder dan Netflix bakal menghasilkan sekuel kepada filem Army of the Dead, sebuah filem zombie yang mempunyai visual yang epik. Perkara itu didedahkan oleh The Hollywood Reporter apabila Zack Snyder dilaporkan menandatangani perjanjian terbaru dengan Netflix untuk filem baru.

Namun, mungkin kita terpaksa menunggu agak lama kerana buat masa sekarang, Zack Snyder sibuk dengan filem terbaru bersama Netflix, Rebel Moon. 

Filem Army of the Dead sebelum ini ditonton oleh lebih 75 juta penonton dalam masa 28 hari tayangan filem berkenaan. Filem Army of the Dead merupakan filem pertama untuk Zack Snyder bagi Netflix selepas bersama dengan Warner Bros untuk beberapa filem superhero.

Walaupun setakat ini tiada plot mahupun barisan pelakon didedahkan untuk sekuel, filem ini pastinya yang ditunggu-tunggu peminat. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan