Repeat Filem Berkali Kali, Peminat Minta Sekuel Filem 'Mat Bond Malaya'

Nabil, seorang pelawak dan juga pengacara akhirnya menjadi pengarah filem dengan naskah Mat Bond Malaya. filem yang sudah ditayangkan di saluran 480 pada 20 Julai lalu itu sememangnya mendapat kritikan yang negatif. Namun, nampaknya filem tersebut ada kelompok peminatnya yang tersendiri.



Menutur laporan Gempak.com, ada peminat yang turut meminta supaya sekuel Mat Bond Malaya diterbitkan. Malah, ada yang berkongsi bagaimana rasa melihat adegan lucu dalam filem ini yang cukup mencuit hati.

Paling mengejutkan, ada yang menyatakan yang sudah menonton berkali kali filem tersebut selama 48 jam tayangan. Pergh!


Di mata pengkritik filem sama ada professional atau tidak, Mat Bond Malaya ialah sebuah filem yang agak teruk dan gagal untuk menjadi. Namun, mungkin bagi penggemar filem komedi, ada yang melihat filem berkenaan sebagai sebuah filem yang lucu.

Jika Mat Bond Malaya diberikan sekuel, pastinya perkara yang perlu dititik beratkan ialah pada penceritaan filem tersebut. Namun, di era pandemik ini, hanya kutipan memberansangkan sahaja mampu membuatkan filem Mat Bond Malaya berjaya dan membolehkan peluang untuk adanya sekuel.

Korang dah layan? 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan