Pengarah 'Space Jam 2' Nak Dwayne Johnson Untuk Filem Ketiga

Pengarah filem Space Jam 2 tidak menolak untuk mengarahkan filem ketiga francais tersebut jika ianya diberi lampu hijau. Paling menarik, Malcolm D. Lee mahukan pelakon yang bakal tampil dalam filem Black Adam, Dwayne Johnson untuk muncul dalam filem berkenaan. 

Space Jam 2 merupakan sekuel kepada filem pertama yang diterbitkan pada 1996. Selepas 25 tahun barulah sekuelnya ada. Dengan evolusi pembikinan filem yang sudah berkembang pesat, Space Jam 2: A New Legady seperti sebuah nafas baru untuk francais berkenaan. 

Dalam satu temubual bersama Entertainment Weekly, Malcolm D. Lee mendedahkan yang dia sudah ada idea untuk sekuel filem berkenaan. Apabila ditanya berkenaan pemilihan Dwayne Johnson untuk filem ketiga, dia menyatakan ianya akan memberi nafas baru untuk filem berkenaan.

I never say never. It's all going to be about whether the fans respond to this positively. But I think the bar has been set so high in terms of the first one with this global iconic superstar in Michael Jordan, and now the same global iconic superstar in LeBron James, who transcends sports. Who is that next person to put into that universe? And then you've got to find a script and story that's good enough to not repeat what's been done but will capture the spirit of it and keep it going.

Sebelum ini, Space Jam 2 nyaris menampilkan atlet sukan seperti pemain golf, Tiger Wood, malah Tony Hawk sekalipun. Namun, peranan itu akhirnya diberikan kepada Lebron James. 

Space Jam 2 mendapat kritikan daripada pengkritik kerana plotnya hampir sama dengan filem asal. Namun, itu tidak menghalang sekuel diterbitkan. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan