James Cameron Dapat Idea 'Terminator 2' Ketika Khayal Ekstasi

Pengarah filem blockbuster, James Cameron mendedahkan yang dia berada dalam keadaan khayal ketika mendapat idea filem Terminator 2: Judgement Day. Filem yang diterbitkan pada tahun 1991 itu masih lagi digemari ramai dan menjadi antara filem dalam francais Terminator yang paling berjaya diantara kesemua filem.



James Cameron kini sudah dikenali ramai dengan pembikinan filemnya yang sememangnya cukup hebat. Mengimbau tentang francais Terminator, filem pertama francais ini muncul pada tahun 1984 dan diterbitkan dengan bajet USD6.4 juta dahaja. Dengan kos yang kecil tersebut, filem tersebut berjaya mengutip USD78 juta di seluruh dunia. 

Tahun 2021 menandakan usia filem Terminator 2: Judgement Day sudah mencecah usia 30 tahun. Laman The Ringer berjaya menemubual pengarah James Cameron dan dia mendedahkan bahawa pil ekstasi antara punca yang membantu dia mendapatkan idea hebat untuk Terminator 2.

Dalam temubual itu juga, James Cameron mendedahkan yang lagu Sting menyebabkan dia mendapat idea untuk mengembangkan watak John Connor. 

I remember sitting there once, high on E, writing notes for Terminator, and I was struck by Sting’s song, that 'I hope the Russians love their children too.' And I thought, 'You know what? The idea of a nuclear war is just so antithetical to life itself.' That’s where the kid came from.

Dadah dan pembikin filem di Hollywood bukanlah perkara yang luar biasa. Tapi, agak mengejutkan apabila pengarah yang tersohor juga menggunakan dadah untuk menggalakkan idea mereka.

Selain Terminator, James Cameron juga terkenal dengan filem Titanic dan juga Avatar. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan