Disney Buat Kenyataan Balas Isu Saman Filem 'Black Widow'

Disney telah mengeluarkan kenyataan balas berkenaan isu saman dari Scarlett Johansson terhadap penayangan filem Black Widow di laman penstrman Disney+. Filem Black Widow sebelum ini tertangguh agak lama untuk ditayangkan kerana pandemik dan Disney memilih untuk mengikut jejak Wonder Woman 1984 melalui kaedah penayangan secara hibrid.



Pada 9 Julai lalu, Black Widow ditayangkan di pawagam dan juga laman penstriman. Hal ini sekaligus, menurut laporan, menyebabkan Scarlett Johansson rugi sebanyak USD50 juta daripada keuntungan yang sepatutnya dia dapat melalui penayangan filem tersebut di pawagam.

Hal ini sekaligus menyebabkan Scarlett Johansson membuat tindakan saman terhadap Disney kerana tindakan Disney sudah menyalahi kontrak asal. 

Menurut kenyataan balas dari pihak Disney, dia menyatakan bahawa Disney mengetahui tentang kontak pelakon berkenaan dan menyatakan yang pelakon itu tidak akan kerugian seperti dilaporkan. 

There is no merit whatsoever to this filing. The lawsuit is especially sad and distressing in its callous disregard for the horrific and prolonged global effects of the COVID-19 pandemic. Disney has fully complied with Ms. Johansson’s contract and furthermore, the release of Black Widow on Disney+ with Premier Access has significantly enhanced her ability to earn additional compensation on top of the $20M she has received to date.
Tindakan saman ini semestinya sesuatu yang tidak diduga terjadi daripada pelakon yang sudah lama berlakon dalam filem MCU. Namun, kelihatan seperti Disney tidak pernah menyembunyikan apa-apa kenyataan yang mengeruhkan keadaan. Apa tindakan Scarlett Johansson selepas ini?

Kita tunggu!



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan