Soalan-Soalan Cliche Bagi Yang Merancang Nak Install Disney+ Hotstar

Sebab ramai sangat yang tanya, jadi admin tampil untuk jawab satu satu soalan cliche yang biasa ditanya. Penat nak jawab satu-satu, lepas ni kalau ada yang tanya, admin share link Q&A ni sahaja ok.
Jangan lupa sebarkan juga kat member-member. 




 1. Disney+ Hotstar ni boleh tengok di Astro ke? Channel 40 berapa eh? 

Jawapan: Ianya hanya boleh diakses di platform digital seperti telefon, tablet, laptop dll. Kalau anda nak tonton di TV, silakan beli peranti seperti Mi Stick (dan setara), Mi Box (dan setara) yang menyokong Google Apps. Bajet peranti ni dalam Rm150 hingga RM300. Sila pastikan korang ada sambungan internet juga di rumah. Jika tiada, pakai hotspot pun boleh, tapi jaga jaga la dengan kuotanya. 

2. Kalau tak nak install Disney+ Hotstar kat peranti, kena bayar RM5 jugak ke? 

Jawapan: Yup. RM5 tu tetap akan dicaj sama ada kau guna atau tak. 

3. Disney+ Hotstar ni clean ke? Nanti risaulah anak anak tonton ada scene lucah dan kata-kata kesat.

Jawapan: Disebabkan Disney+ Hostar ni bekerjasama dengan penerbit content Malaysia, dan ianya juga dari Disney, maka content lucah berkemungkinan kosong dan ditapis. Jadi, jangan risau.

   

Cuma, ada lah sesetengah content filem yang bukan untuk kanak-kanak seperti filem aksi yang memerlukan bimbingan parents. 

4. Fast & Furious, Harry Potter, Godzilla boleh tonton kat sini? 

Jawapan: Tidak. Fast & Furious, Harry Potter dan Godzilla ialah milik Warner Bros dan Legendary Pictures. Kau nak layan ni, sila install HBO Go. 

5. Filem superhero DC? Ada tak? 

Jawapan: Takde. Semua filem DC akan ditayangkan di HBO Go dahulu dan selepas itu, akan berpindah ke Netflix. 

6. Saya ada Astro Njoi, boleh langgan Disney+ Hotstar? 

Jawapan: Boleh. Bayar pakej 3 bulan RM54.90. 

7. Saya ada Astro Go, boleh langgan Disney+ Hotstar? 

Jawapan: Semak dulu pakej apa yang anda langgan. Jika anda langgan pakej Astro beserta Movie Pack, silakan link sahaja Astro ID anda bersama dengan Disney+ Hotstar untuk mendapat akses percuma. 

8. Sebulan lagi saya nak terminate Astro. Sekarang saya dah link akaun Disney+ Hotstar dengan Astro. Pada masa yang sama, saya sedang layan siri Disney+ Original dan masih on going. Adakah semua watchlist dan Continue Watching saya akan hilang? 

Jawapan: Korang kena tahu yang akaun korang menggunakan nombor telefon korang. Sama ada korang pilih nak bayar 3 bulan Rm54.90 atau link dengan Astro, itu hanyalah pada bayaran sahaja.

   

Jika pada masa korang langgan Disney+ Hotstar, account Astro anda terminate, Disney+ Hotstar akan automatic tukar cara payment dan korang perlu bayar RM54.90 untuk 3 bulan. 

Segala watchlist dan Continue Watching korang takkan terganggu kerana korang masih dalam akaun sama. Cuma mungkin korang akan diminta log out sekejap untuk tukar payment mode. 

9. Disney+ Hotstar ada subtitle Melayu? 

Jawapan: Yup! Siap dengan alih bahasa. Selain BM, bahasa Indonesia dan English disediakan. So far, tiada subtitle Mandarin. 

10. Rasanya Disney+ Hotstar ni hebat. Saya unsubscribe Netflix lah. 

Jawapan: Perlu diketahui yang Netflix dan Disney+ Hotstar mengadakan perjanjian untuk studio berbeza. Ada filem atau siri yang takkan berada di Disney+ Hotstar dan hanya ada di Netflix sahaja. Dan begitulah sebaliknya. Langgan dua dua, jika ada bajet direkemen.

P/s: soalan-soalan ini dijawab berdasarkan pemahaman admin terhadap akses Disney+ Hotstar. Jika ada pembetulan dan kesalahan fakta, mohon pm admin di page Suka Filem. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan