Siap Sedia, 'Geran 2' Bakal Tampil Babak Di Luar Negara

Filem aksi persilatan, Geran yang ditayangkan di Malaysia pada 2019 sudah berjaya mengharumkan nama di tersada negara. Dengan pelbagai anugerah dan juga tayangan luar negara, Geran berjaya mempertaruhkan genre aksi silat yang sebelum ini dimonopoli perfileman Indonesia. Ramai penggemar filem menantikan sekuel filem ini.

Terdahulu, Suka Filem sempat bertanya tentang tema filem tersebut. Anda boleh baca di sini. Dan terbaharu, pengarah Geran, Areel Abu Bakar membuat naik persediaan untuk filem Geran 2 yang bakal menjalani penggambaran bila-bila masa selepas Covid-19 reda. 

Berdasarkan status di Instagram Areel Abu Bakar, Geran 2 pastinya akan menyajikan babak-babak yang lebih hebat dengan lokasi penggambaran filem juga turut melibatkan lokasi di luar negara. Hal ini sekaligus akan membawa kesinambungan terus kepada apa yang terjadi di akhir filem Geran yang menimbulkan tanda tanya kepada penonton.

Buat masa ini, tidak ada pendedahan tentang sinopsis filem Geran 2. Sama ada pelakon sedia ada akan membuat kemunculan baru atau ada pertambahan pelakon baru, semuanya masih belum pasti. Apa yang pasti, semoga Geran 2 dapat menjalani penggambaran dan memberi hadiah kepada penonton yang mendambakan filem aksi sebegini dari Malaysia. 

Geran dikenali sebagai Silat Warriors: Deed of Death kini boleh ditonton di Netflix. Sebelum ini, pengarah Geran mendedahkan yang filem Geran akan tetap mendapat sekuel walaupun filem pertama gagal mengutip kutipan memberansangkan

 

Catat Ulasan

0 Ulasan