Salma Hayek Hilang Tawaran Jadi Trinity Dalam 'The Matrix' Sebab Malas Nak Berlakon Babak Aksi

 Pelakon Salma Hayek mendedahkan yang dia nyaris-nyaris terlibat dengan filem The Matrix sebagai watak Trinity. Filem yang ditayangkan pada tahun 1999 itu adalah permulaan kepada francais besar yang diteruskan dengan dua filem sekuel, The Matrix Reloaded dan The Matrix Revolution. Selepas itu, animasi antologi pula diterbitkan yang diberi tajuk The Animatrix. 



The Matrix 4 akan ditayangkan pada tahun ini, tetapi semestinya bukan dengan kehadiran Salma Hayek. Watak Trinity sudah pun dirampas oleh Carrie Annie Moss dan akan diteruskan dengan pelakon berkenaan. Namun, rezeki Salma Hayek kelihatan agak terang dengan filem The Hitman's Wife's Bodyguard yang mendapat kutipan memberansangkan.

Salma Hayek juga akan muncul sebagai Ajax dalam filem MCU, Eternals pada November. Malah, dia juga akan terlibat dengan filem terbaru Ridley Scott bertajuk House of Gucci bersama Adam Driver dan Lady Gaga. 

Salma Hayek memberitahu perihal tawarannya untuk memegang watak Trinity dalam satu temubual bersama Jada Pinkett Smith di sebuah rancangannya Red Table Talk. 

We were one of the four finalists for The Matrix. We'd jumped through many hurdles, screen testing, and many auditions. They brought these stunt coordinators from Asia. It was the physical test. I'm flexible and agile, but I'm lazy. I never really went to the gym, they said, 'You have to run!' I go, 'To where?' I couldn't even go around the room once. Here comes Jada, a mean, lean, sexy machine! Oh my God! She was so good! It was so embarrassing! She was so fit, she was so focused, she was so disciplined. She was so capable. She was so gracious. And I just looked at this woman and I thought to myself, 'That's who I want to be when I grow up...Every time I'm going to do action, I say, no, I better start getting some stamina and practice the routines, you've got to be like Jada!

Salma Hayek bukanlah bintang yang asing bagi filem bergenre aksi. Pada 1995, dia terlibat dengan penggambaran filem Desperado bersama Antonio Banderas. Malah, dia juga terlibat dengan filem aksi Wild Wild West disamping Will Smith pada tahun sama. Will Smith juga pernah ditawarkan watak Neo tetapi menolak sebelum watak itu diberikan kepada Will Smith. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan