Penggambaran Filem 'Fast & Furious 10 & 11' Akan Dijalankan Serentak

Filem Fast & Furious ke 10 dan ke 11 akan menjalani penggambaran serentak menurut apa yang dikatakan oleh pelakon filem francais tersebut, Tyrese Gibson. Tahun ini, selepas ditunda demi memberi ruang kepada filem Hobbs & Shaw, filem kesembilan francais tersebut sudah pun ditayangkan di luar USA dan menjadi antara filem yang berjaya mengutip kutipan memberansangkan ketika pandemik Covid-19.



Filem tersebut bakal ditayangkan di USA bermula 25 Jun. Namun, sebelum tayangan domestik, filem itu sendiri sudah mengutip lebih USD6 billion di seluruh dunia. Walaupun filem ini tidak lagi ditayangkan di Malaysia disebabkan PKP, penonton di seluruh dunia sudah pun merasai demam filem kesembilan Fast & Furious sekarang.

Fast & Furious 9 ialah filem yang pertama dalam trilogi terakhir francais tersebut yang bakal diikuti oleh Fast & Furious 10 dan 11. Pengarah Justin Lin mengambil peranan untuk mengarahkan tiga filem tersebut yang bakal menjadi penutup kepada keseluruhan saga Fast & Furious.

Menurut Tyrese Gibson, perancangan untuk penggambaran dua filem tersebut secara serentak ialah demi untuk memendekkan masa menunggu antara tayangan dua filem tersebut. 

I have definitely asked some questions about 10 and 11. It has been confirmed we are going to shoot back-to-back and get both in the can. Which is interesting. I’m hearing that we’re going to touch a lot of continents between the two. I cannot say where, but a lot. The higher-ups that are involved in this franchise are specifically aware of the die-hard fans and supporters around the world. We all carry a particular torch of responsibility and knowing there is a beast, and we need to feed that beast and give them what they want, what they love, and what they’re used to.

Sebelum ini, filem kesepuluh Fast & Furious dirancang untuk ditayangkan pada tahun 2021. Namun, disebabkan penundaan filem kesembilan Fast & Furious, maka dua filem terakhir francais tersebut kini tiada tarikh tayangan. Namun, perancangan untuk dua filem tersebut masih lagi berlaku dan akan disiapkan dalam masa terdekat. 

Dengan pandemik Covid-19 yang masih lagi belum reda, penggambaran dua filem terakhir Fast & Furious mungkin akan menghadapi sedikit cabaran. Namun, ianya pasti akan menjadi dua buah filem yang berjaya menutup francais yang sudah sekian lama bertahan. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan