Kumpulan Pelawak 'Senario' Dah Tak Mendapat Sambutan?

Bagi yang pernah hidup di era kegemilangan kumpulan Senario, pastinya lawak dari kumpulan ini masih tergiang-ngiang di kepala. Kumpulan yang sebelum ini tercipta daripada gabungan peserta Sinaran Pasport Kegemilangan ini memang boleh dikira sebagai raja lawak di eranya. Dengan populariti menjangkau TV, kemudiannya ke filem dan juga album, nama mereka gah di era mereka.



Namun, selepas tiada lagi sitkom Senario dan setelah beberapa ahli kumpulan tersebut bertukar ganti, Senario sudah mula hilang taring. Walaupun ada usaha untuk menyatukan mereka kembali dalam beberapa rancangan TV, aura mereka tidak lagi sehebat dulu. 

Dalam sebuah hantaran Twitter, salah seorang peminat mendedahkan screenshot perbualannya bersama ahli Senario, Saiful Apek. 


Menurut hantaran twet tersebut, Saiful Apek mendedahkan yang mereka ada berusaha untuk menampilkan kembali kumpulan Senario. Namun, kebanyakan program yang menampilkan mereka dikatakan tidak mendapat sambutan. 


Kumpulan Senario dikenali menerusi sitkom Senario yang disiarkan dari 1996 sehingga 2013. Kumpulan ini turut terkenal dengan filem-filem mereka seperti Senario The Movie (1999), Senario Lagi (2000), Lagi Lagi Senario (2001) dan beberapa filem lain. 

Senario bukan sebuah kumpulan biasa-biasa. Pada 2014, kumpulan ini dinobatkan dengan Anugerah Komedi Sepanjang Zaman di Anugerah lawak Warna 2014. Senario juga pernah kembali bersatu pada 2017 dengan kumpulan Senario Renuion. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan