Pengarah Dedah Tema Filem Sekuel 'Geran 2' Yang Tertangguh Gara-gara Covid-19

Pengarah filem Geran, Areel Abu Bakar mendedahkan bahawa perancangan untuk membikin filem sekuel kepada Geran mungkin tergendala buat masa ini. Semuanya disebabkan oleh situasi pandemik Covid-19 yang tidak tahu bila akan berakhir. Perkara itu disuarakan oleh Areel Abu Bakar ketika pihak Suka Filem menghubunginya melalui Instagram message.

Ketika ditanyakan bilakah Geran 2 akan dibikin dan apakah konsep dan plot yang akan dibawakan, Areel Abu Bakar memberi jawapan berikut.

"Buat masa sekarang, masih lagi menanti waktu yang sesuai. Dalam keadaan pandemik yang tidak tahu bila akan berakhir, semua perancangan masih tergendala. Dalam masa yang sama, pihak Layar Pictures dalam usaha mencari keperluan untuk memenuhi kehendak skrip filem Geran 2."

Areel Abu Bakar juga mendedahkan tema plot Geran 2.

"Tema Geran 2 masih lagi kekeluargaan, aksi dan isu semasa. Plot masih bergantung pada keadaan semasa"

Geran ialah sebuah filem aksi bela diri silat ayng diterbitkan pada 2019. Filem tersebut turut berjaya mendapat perhatian antarabangsa apabila mendapat anugerah Daniel A. Craft di Festival Filem Asia New York ke 19 yang belangsung pada Ogos 2020.

Terkini, pada Jun 2021, filem ini akan disiarkan untuk penonton Amerika Syarikat melalui platform penstriman Hi-YAH! dan akan diterbitkan dalam format Blu-ray, Digital dan DVD pada bulan Julai nanti. 

 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan