Idea Iklan Raya Saji Didakwa Idea Ciplak, Saji Tampil Beri Penjelasan

Mendekati raya yang kian hampir, semestinya menunggu iklan raya daripada badan-badan korporat antara yang menjadi tradisi. Syarikat pengeluar minyak masak Saji tidak lupa untuk menerbitkan karya filem pendek mereka yang bertajuk Mangkuk Tingkat Mak Teh. Filem pendek ini diterajui pelakon hebat seperti Bront Palarae, Azman Hassan, Sara Ali, Fatimah Abu Bakar dan Firdaus Karim.



Namun, timbul pula isu apabila sebuah group Facebook mendakwa bahawa karya tersebut merupakan karya yang diciplak daripada karya yang ditulis oleh ahli group tersebut. Rata-rata mendakwa pihak Saji tidak memberi kredit dan membayar royalti kepada penulis asal karya ini, Tuan Zahriman Alias.


Rata-rata netizen di ruang komen menyelar tindakan Saji dan meminta pihak Saji untuk memberi kredit kepada penulis asal. Wakil Saji, dengan akaun Facebook Farhan Hafetz tampil di ruang komen dan memberi penjelasan. Menurutnya, karya tersebut tidak diketahui diambil dari karya group tersebut tetapi diinspirasikan dari sebuah artikel surat khabar online. 



Mangkuk Tingkat Mak Teh berkisar tentang seorang wanita yang sering menghantar makanan ke klinik kesihatan. Kisah meruntun hati ini boleh ditonton di bawah. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan