Gal Gadot Sahkan Ugutan Josh Whedon Semasa Reshoot 'Justice League'

Pelakon Wonder Woman, Gal Gadot mengesahkan tentang isu dimana Josh Whedon mengugut tentang karier lakonannya di set penggambaran filem Justice League. Josh Whedon sebelum ini mengambil alih peranan Zack Snyder untuk mengarahkan filem berkenaan selepas Zack Snyder undur diri atas masalah keluarga.


Perkara ini terjadi kerana Gal Gadot tidak menggemari perubahan karakter Wonder Woman selepas Josh Whedon mengambil alih kerusi pengarah. Gal Gadot sendiri tidak menggemari karakter Gal Gadot yang baru dimana wataknya tampil lebih agresif. Malah, Josh Whedon juga dilaporkan memaksanya untuk merakam dialog yang dia sendiri tidak suka.

Menurut temubual dari N12, Gal Gadot menjelaskan perkara ini dan mengesahkan khabar angin ini yang selama ini berlegar.

He kind of threatened my career and said if I did something, he would make my career miserable and I just took care of it instead.

 Perkara ini sekaligus menyokong pelbagai kenyataan para pelakon Justice League ketika reshoot filem Justice League pada 2017 lalu. Selain Gal Gadot, sebelum ini, Ray Fisher juga pernah meluahkan rasa tidak puas hatinya tentang bagaimana watak Cyborg diceritakan di dalam filem berkenaan..

Sumber: Screenrant



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan