Filem Kontroversi '365 Days' Akan Terbit Dua Lagi Sekuel Di Netflix

 Filem kontroversi dari Polland, 365 Days disahkan akan mendapat dua sekuel yang bakal disiarkan di Netflix. Filem bergenre erotik itu mendarat di Netflix pada musim panas 2020 dan mendapat reaksi yang pelbagai dari penonton. Para penonton juga tidak lari dari membandingkan filem tersebut dengan trilogi Fifty Shades of Grey.



Walaupun filem tersebut mendapat rating 0% di Rotten Tomatoes, ianya tidak menghalang penerbit filem ini untuk menerbitkan sekuel kerana percaya bahawa ianya ada peminatnya yang tersendiri.

365 Days diarahkan oleh Barbara Bialowas dan Tomasz Mandes dan merupakan adaptasi daripada novel trilogi tulisan Blanka Lipniska. Ianya berkisar tentang seroang gadis, Laura yang diculik oleh Massimo, seorang mafia yang sentiasa memerhatikannya. Laura diberi masa 365 hari untuk jatuh cinta kepada Massimo. 

Filem ini pernah mencetus kontroversi kerana menggambarkan keganasan seksual dan Sindrom Stockholm sehingga ada yang menggesa Netflix membuang filem berkenaan dari tayangan. 

Dua sekuel yang akan menjalani penggambaran akan menampilkan pelakon utama filem tersebut dan juga pengarah yang sama. Seperti Fifty Shades of Grey, dua filem baru dalam kisah 365 Days akan mengadaptasi dua lagi buku asal.

Menurut Deadline, sekuel pertama akan menyaksikan watak Laura dan Massimo kembali bersatu. Namun, ianya digambarkan sebagai paparan hubungan yang agak sukar apabila ada wanita yang cuba untuk mencuri tumpuan Massimo.

Sumber: Screenrant



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan