Dave Bautista Tolak Tawaran 'Fast & Furious' Gara-gara Filem 'Gear of War'

 Pelakon filem Army of the Dead, Dave Bautista mendedahkan yang dia menolak tawaran untuk berlakon dalam francais Fast & Furious kerana dia cuba untuk mencadangkan filem adaptasi Gears of War. Francais Fast & Furious yang menampilkan Vin Diesel sebagai teraju utama ini bermula semenjak 2001 dan mendapat taraf box-office bagi setiap filem.


Permainan video Gear of War yang diterbitkan pada 2006 ialah antara permainan video yang laris terjual dan layak untuk dijadikan filem. Namun, setakat ini, agak kurang adaptasi permainan video yang laris apabila diadaptasi di dalam bentuk filem.

Bercakap dalam satu temubual bersama Collider dalam mempromosikan filem Army of the Dead, Dave Bautista mengimbau kembali perjalanannya dalam cuba untuk mendapatkan watak Bane dalam filem Batman terbitan Warner Bros. Percubaannya gagal dan ianya sama ketika dia mencadangkan untuk mengadaptasi francais Gear of War apabila pada masa sama dia ditawarkan lakonan dalam filem Fast & Furious.

I don’t make any pretense about it. I had a chance to get a meeting at WB, they were talking to me about this and that and I said 'hey, let’s talk about Bane.' That happened to me one other time in my career. They wanted to talk to me about Fast and the Furious, and I said 'I’m not interested, let’s talk about [Gears of War character] Marcus Fenix'...

Filem adaptasi untuk permainan video gear of War sudah lama dalam perancangan. Namun sehingga kini, ianya masih gagal direalisasikan. Pelbagai studio penerbitan cuba untuk menerbitkannya tetapi setakat ini ianya masih lagi dalam perancangan. Terkini, hakcipta filem Gear of War kini milik Universal dan dalam proses perancangan.

Namun, setakat ini, kita mungkin takkan dapat menonton filem Gear of War dalam masa terdekat. 

Sumber: Screenrant 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan