Bank Rakyat Tampilkan Filem Pendek Raya Dari 'Mamat Khalid'


Bank Rayat tampil dengan sebuah filem pendek berdurasi 3 minit arahan pengarah tersohor, Mamat Khalid. Video ini diterbitkan bersempena meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun 2021 yang mana akan dirayakan dalam norma baru. Ianya sudah ditayangkan di Youtube Bank Rakyat dan ianya mendapat respon yang agak memuaskan. 


Filem pendek ini mempunyai syot-syot dan scene yang cukup sinonim dengan Mamat Khalid. Ianya sekaligus menjadikan filem pendek ini sesuatu yang cukup unik dan nampak lain dari yang lain. Ringkasnya, filem pendek ini berkisar berkenaan Lailatul Qadar sekeluarga dalam menyambut lebaran dalam norma baru.
"Konsep Raya Tetap Raya yang diberikan oleh Bank Rakyat amat bertepatan dengan jalan cerita yang ingin ditekankan yang mana kehadiran bulan Syawal adalah satu kemenangan buat umat Islam selepas sebulan berpuasa dan harus diraikan dengan gembira walau apa cabaran yang mendatang. Iklan ini membawa mesej kepada masyarakat bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang kita untuk meraikan tradisi sambutan Syawal seperti kebiasaannya dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi menerusi penggunaan komunikasi secara maya" - Mamat Khalid, My Metro

Raya Tetap Raya akan mula disiarkan di televisyen bermula 11 Mei.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan