Ryan Reynolds Tak Nak Berlakon Bersama Scarlett Johansson Dalam MCU

 Umum mengetahui yang Deadpool kini sudah kembali kepada Marvel dan perancangan untuk menggabungkan watak itu dalam filem MCU sudah ada. Ryan Reynolds masih akan memegang watak tersebut dan dikhabarkan juga mahu memegang hak kreatif watak itu sepanjang dia memegang watak tersebut.

Dalam satu laporan daripada Wegotthiccovered, Ryan Reynolds tidak mahu untuk bekerjasama dengan pelakon Scarlett Johansson sepanjang watak Deadpool berada dalam MCU. Sumber daripada laman web tersebut mendedahkan yang Ryan Renolds tidak mahu kerjasama itu terjadi kerana mereka pernah berkahwin suatu ketika dahulu.

Namun, rasanya hal ini semestinya tidak akan terjadi langsung kerana watak Scarlett Johansson, Black Widow sudah pun mati di dalam filem MCU terdahulu. Jadi, kemungkinan untuk dua watak ini bertemu adalah sangat mustahil kecuali Black Widow dihidupkan semula.

Apapun, akan teruja untuk melihat Deadpool bersatu di dalam dunia MCU kelak.

Owh, Scarlett Johansson pernah berkahwin dengan Ryan Reynolds pada 27 September 2008 dan berpisah pada 1 Julai 2011.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan