Ryan Reynold Nak Kuasa Veto Untuk Watak Deadpool Dalam MCU

 Deadpool ialah antara watak Marvel yang cukup ikonik dengan wataknya diperanankan oleh Ryan Reynold. Filem yang sebelum ini terasing dari dunia MCU mungkin akan disambungkan dengan dunia MCU apabila Marvel akhirnya berjaya membawa watak itu pulang ke rumah selepas pembelian 20th Century Fox oleh Disney.



Namun begitu, Ryan Reynolds semestinya tidak mahu melepaskan watak itu dari tangannya. Sumber dari Wegotthiscovered mendedahkan yang Ryan Reynolds mahukan kuasa veto untuk sebarang keputusan bagi watak Deadpool. 

Ini bermakna kuasa 'creative control' untuk watak tersebut berada di tangan Ryan Reynold sepenuhnya jika Kevin Feige memberikan kebenaran untuk permintaan pelakon tersebut.

Untuk filem Deadpool 3, semestinya Ryan Reynolds akan masuk campur dalam pembikinan skrip, pencarian pelakon sehingga kepada pengarahan. Namun, MCU bukanlah seperti rumah asal Deadpool sebelum ini.

Mungkinkah permintaan Ryan Reynolds akan mencipta perbalahan antara Ryan Reynolds dan Kevin Feige?

Kita tunggu tengok apa jadi. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan