Robert Pattison Bakal Ganti Ben Affleck Untuk Pasukan Justice League Baru!

 Filem Batman arahan Matt Reeves, The Batman bakal menemui pawagam pada tahun 2022 selepas beberapa kali ditangguhkan. Filem ni sepatutnya dibintangi Ben Affleck dan diarahkan oleh pelakon tersebut juga tetapi menarik diri kerana tidak lagi berminat untuk menjadi pelakon superhero.



Robert Pattison dipilih untuk menggantikan Ben Affleck. Namun, pasukan produksi The Batman tidak lekang dari menghadapi pelbagai cabaran dalam penghasilannya. Apatah lagi, pandemik Covid-19 menyebabkan banyak penggambaran filem ni ditangguhkan beberapa kali.

Kini, The Batman sudah disahkan sebagai sebahagian dari kesinambungan DCEU. Menurut sumber, Batman versi Robert Pattison bakal mencipta Justice League yang tersendiri di masa hadapan. 

Hal ini sekaligus akan mendedahkan bahawa wujudnya dimensi lain yang mungkin akan berkesinambungan dengan kesemua filem DCEU yangs sedia ada. Namun, sumber ini mungkin boleh dianggap sebagai khabar angin kerana perancangan dunia DCEU sekarang nampak goyah dengan pelbagai pembatalan filem.

Beberapa hari sebelum berita ini, WB turut membatalkan filem New Gods dan The Trench yang dalam proses perancangan. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan