Margot Robbie Dakwa Ada 20 Jam Babak Untuk Filem 'Once Upon A Time In Hollywood'

 Selepas Zack Snyder's Justice League, para peminat filem nampaknya sudah makin mendesak pembikin filem jika sesuatu filem itu tidak memuaskan hati mereka. Antara hashtag yang kini masih trending ialah #RestoreThe SnyderCut dan #ReleaseTheAyerCut. Dua hashtag ini menyasarkan WB yang mempunyai hak kepada dua filem berkenaan.



Malah, ada juga petisyen yang mendesak Disney untuk menayangkan filem Star Wars: Revenge of the Sith yang berdurasi 4 jam. 

Terbaru, Margot Robbie turut menyalakan api kepada para peminatnya dengan membuat statement yang menyatakan bahawa terdapat 20 jam babak filem Once Upon A Time In Hollywood yang tidak berjaya dimasukkan ke dalam filem asal. 

“There’s a 20-hour cut of Once Upon a Time in Hollywood that would…there’s so much more that you didn’t get to see, that we shot that was amazing, and for a million reasons obviously, can’t make the cut.”

Quentin Tarantino bukanlah pengarah yang tidak biasa dengan penerbitan versi extended filemnya. Sebelum ni, The Hateful Eight turut diterbitkan dalam miniseries di Netflix pada April 2019.
Jika benar apa yang dinayatakan oleh Margot Robbie, maka pastinya jika Quentin Tarantino mahu menerbitkan versi extended untuk filem Once Upon A Time In Hollywood adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu para peminat. 

Namun, idea menonton 20 jam filem Once Upon A Time In Hollywood nampak gila. Tapi, mana tahu, ianya boleh jadi kenyataan kelak. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan