'Justice League' Akan Direboot Sebagai Pasukan Multiverse Dalam DCEU

Warner Bros sudah menunjukkan bahawa mereka tidak ada niat untuk menunaikan permintaan peminat yang inginkan SnyderVerse. Filem Justice League versi Snyderverse sudah berakhir dengan filem Zack Snyder's Justice League dan WB akan teruskan dengan perancangan mereka yang di luar kawalan peminat.



Terbaru, ada ura-ura menyatakan yang WB dalam proses untuk reboot semula Justice League dengan membuang watak Batman versi Ben Affleck dan juga Superman lakonan Henry Cavill. Dengan dua watak ini dibuang dari universe DCEU, WB merancang untuk mencipta sebuah team dengan watak dari pelbagai universe.

Menurut Geekosity, watak dari DCEU yang kekal hanyalah Wonder Woman lakonan Gal Gadot, Aquaman lakonan Jason Momoa dan Mera lakonan Amber Heard. Watak Batman akan diganti dengan Batman dari universe Earth 2 lakonan Robert Pattison manakala Superman akan digantikan dengan watak dari filem Superman arahan JJ Abrams kelak.

Perkara ini mungkin akan mengecewakan peminat SnyderVerse. Namun, perancangan WB mungkin ada halatuju yang hanya mereka tahu. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan